Islamic Widget

Monday, February 15, 2010

BIG " menjatuhkan vs membangkitkan aku "???

ermmm pengalaman pertama saya sebagai fasilitator membantu mengadalakan propram untuk pelajar DPLI atau pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada saya sebagai satu ilmu dan pengalaman yang membina pada saya sebagai pelajar di UPSI.. huh.. pada mulanya terasa bimbang apabila ditawarkan oleh rakan seperjuangan saya untuk menjadi fasilitator yang akan mengawal hampir 3 ratusan pelajar di satu tempat yang telah ditetapkan..

16 -17Januari 2010

saya ditugaskan untuk menjaga di SITC dengan jumlah pelajar yang seramai hampir 4 ratus orang pelajar DPLI.. pada minggu ini,, saya tidak merasakan sangat cabaran menjadi fasilitator kerana tugas saya menyiapkan movie untuk aktiviti pelajar sepanjang program.. dan hanya sekali sekala sahaja saya akan bergerak membantu rakan yang lain.. cuma semasa aktiviti kembarun saya terasa sedikit tercabar dengan pelajar-pelajar DPLI yang mungkin menganggap saya masih muda dan adik, masalah komunikasi timbul. namun begitu saya segalanya dapat diatasi dengan baik.. ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai fasi melibatakan aktiviti yang saya rasakan agak besar dan menjadi jambatan kepada diri saya sebagai kaunselor satu hari nanti..


antara 'task' dlm kembarun

semangat sungguh kakak saya ni,,he3

rakan seperjuangan ain dan ct nor

23-24 januari 2010

semasa baru pulang dari kelas dan singgah ke cafe kolej, sahabat perjuangan saya iatu memanggil saya yang kebetulan dia sedang makan di cafe,,, dia mempelawa saya untuk bersama-sama menjayakan program DPLI pada minggu ini yang akan diadakan di kolej saya. pada mulanya rasa berat untuk sertai kerana pada minggu ini saya akan menghadiri ceramah untuk mengambil lesen. tetapi memandang tidak ramai rakan-rakan yang ingin sertai, saya bersetuju untuk sertai lagi pada minggu ini. program untuk pelajar DPLI akan diadakan selama 3 mggu berturut-turut secara berperingkat.


di Kolej Zaba, saya bersama 4 rakan yang lain berganding bahu membantu menjayakan program ini. sesungguhnya berada di sini benar-benar menguji kewibawaan saya sebagai fasilitator di mana pelbagai pengalaman yang mencabar saya perolehi. walaupun sebenarnya peristiwa di sini benar-benar boleh menjatuhkan saya sebagai seorang kaunselor suatu hari nanti. biarlah peristiwa ini menjadi rahsia dan simpnan dalam diri saya. ianya mengajar saya menjadi lebih baik selepas ini. sesungguhnya saya belajar dari kesilapan walaupun aku telah mencuba yang terbaik.

apabila difikirkan semula, sebenarnya saya patut berterima kasih kepada pelajar-pelajar DPLI kerana telah memberikan saya pengalaman yang amat berharga buat diri saya terutamanya yang tanpa saya sedari mengubah saya menjadi serta berubah ke arah yang lebih baik.. terima kasih kakak-kakak dan abang-abangku.. kenangan terindah bersama kalian...

pada guru-guru DPLI dengan perasaan rendah hati.. seribu kemaafan di pohon andai apa yang kami berikan tidak seindah yang kalian harapkan. dan impikan..kami telah mencuba memberi yang terbaik. sesungguhnya apa yang berlaku menjadikan kami lebih baik ...... dan belajar dari kesilapan... terima kasih kerana memberi pengal aman yang indah ini kepada kami..


ermm.. ingat lagi x??

sempat lagi posing...
duk fikir ape tue cikgu??

handsome juga kan macam ni???

peserta berkaraoke seketika..he3

30-31 januari 2010

kejadian seminggu lalu semasa menjadi fasi di kolej zaba.. sesungguhnya sedikit sebanyak telah menjatuhkan semangat saya untuk terus menjadi fasi pada minggu ini. saya menjadi putus asa, sangat tertekan atas peristiwa lalu, dan membuatkan aku hampir saja teringatkan peristiwa itu setiap masa. sungguh sukar saya lupakan peristiwa itu. pengalaman itu benar-benar mengajar saya. namun saya kuatkan hati untuk menjalankan tanggungjawab dan cuba lupakan peristiwa itu.

pada minggu ini saya ditugaskan untuk bertugas di KUO ( kolej Ungku Omar). dalam diri saya bertekad akan lebih berhati-hati dan lebih peka dengan persekitaran agar pengalaman serta peristiwa lalu tidak akan berulang lagi.

syukur alhamdullilah sesungguhnya Tuhan itu maha adil. kekecewaan yang lalu sesungguhnya telah terubat. perjalanan program berlangsung dalam keadaan yang sangat lancar. saya merasakan perhubungan kamu fasilitator bersama amat mesra dan kami seperti benar-benar akrab. saya berasa amat gembira dan bersyukur sekurang-kurangnya kekecewaan yang lalu telah terubat. sehingga ke hari ini hubungan aku bersama kakak-kakak DPLI tidak terputus.. he3.. dan peritiwa yang paling manis sepanjang menjalankan program di KUO asaya telah menerima sebungkus coklat Cadbury dari salah seorang peserta BIG..he3.. hadiah katanya ;p


inilah coklatnya..he3.. dari kump. 1

antara barisan fasi 3 orang senior dpli n rakan
seperjuangan yang masih dalam latihan..hu3
kami budak baru belajar....

No comments:

Post a Comment