Islamic Widget

Monday, March 1, 2010

' Remaja Berketrampilan Menuju Wawasan "

waduh... bila teringatkan program motivasi ini, hati saya penuh rasa terharu dan dikelilingi dengan kenangan-kenangan yang manis. program motivasi yang diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Temerloh ini memberi saya seribu satu pengalaman dan kenangan yang indah sebagai seorangkaunselor pelatih. ermm bagaimana saya ingin ceritakan pengalaman indah ini.

kadang-kala rasa tercabar dengan sikap mereka. maklumlah pelajar pandai dan hanya pelanjar yang terpilih sahaja yang berada di sekolah ini. mungkin mereka lebih aktif sedikit berbanding dengan pelajar sekolah harian yang lain.. bermula malam "ice breaking' , agak susah untuk kawal pelajar-pelajar ini kerana mereka juga aktif bercakap. pada permulaannya, timbul sedikit perasaan bimbang kerana pada awal sesi perkenalan antara mereka, terlihatnya jurang yang jauh antara pelajar lelaki dan perempuan. mereka seolah-olah berada di dunia sendiri. namun alhamdulillah, dengan adanya segala pengalaman dan ilmu yang telah diperturunkan oleh sifu saya, segalanya berubah daripada mereka berasa malu antara satu sama lain, mereka menjadi lebig rapat antara lain.....

dari malam pertama kesabaran aku sedikit sebanyak terasa dengan salah seorang peserta.. erm apa ya nama dia.. Azrul mungkin..he4 .. sungguh lucu pelajar ini..kadang-kadang perasaan geram hilang apabila melihat telatah dan aksi selamba Azrul. pada malam untuk pembentangan slot PAC atau kemahiran berkomunikasi, saya telah menjadikan dia bahan hentaman saya. walaupun sekadar lakonan.. namun ada sedikit perasaan tercuit di sini apabila menerima respon dari pelajar lain mengenainya.. sungguh pelajar ini memerlukan seseorang dan bimbingan terhadap dirinya..

saya bertambah terharu apbila semasa sedang sibuk melakukan tugasan, secara tiba-tiba ada pelajar perempuang yang memanggil nama saya lalu dihulurkan sekuntum bunga kertas. waduh saya sangat terharu.. walaupun hanya bunga kertas..tetapi mempunyai nilai kepada saya.. sangat-sangat terharu. selepasa malam ice breaking, mereka memberi layanan yang sangat baik kepada kami , fasilitator-fasilitator.

kami bertambah terharu semasa program tamat dan kami ingin pulang, semua pelajar mengiringi kami dan meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami supaya datang lagi ke sekolah mereka. mereka mengatakan bahawa program ini sangat memberi kesan kepada diri mereka dan kenangan yang manis kepada mereka. tidak ada lagi program yang seperti ini yang memberi impak kepada mereka. terima kasih adik-adikku..........



inilah bunga yang saya dapat.. thanks

inilah Azrul.. sikapnya mencuit hati kami

sebelum pulang.. saya telah memberikan Azrul sedikit cenderahati sebagai kenangan buatnya agar mampu menaikkan motivasi dalam dirinya. dan begitu juga kepada peserta-peserta lain. hari ini saya telah mendapat panggilan daripada seorang peserta program ini. Fariz namanya.. dia mengatakan bahawa dirinya dan rakan-rakan merindui kami dan menginginkan kami datang lagi ke sekolah mereka.. rasa dihargai pula..ermmm



antara aktiviti.. si butaku sayang




No comments:

Post a Comment